PERLEMBAGAAN

PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PPI)

NAMA DAN ALAMAT                                     :               Persatuan Pelajar Islam

TEMPAT DAN MASA PERJUMPAAN              :                Bilik Pendidikan Islam

                                                                                      14.00 – 15.00 (Jumaat)

MATLAMAT

Memperkembangkan potensi diri pelajar sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan berpandukan prinsip-prinsip Islam sebenarnya.

OBJEKTIF

1.       Mengenali semua ahli Persatuan Pelajar Islam.

2.       Member sokongan dalam bentuk moral dan material kepada PPI.

3.       Memberi sumbangan terhadap perkemmbangan aktiviti kokurikulum sekolah.

4.       Memberi sekurang-kurangnya satu khidmat masyarat dalam satu sesi persekolahan.

KEAHLIAN

Semua pelajar SMK Sacred Heart, Sibu yang beragama Islam secara automatik menjadi ahli Persatuan Pelajar Islam SMK Sacred Heart, Sibu.

YURAN KEAHLIAN TAHUANAN : RMI.00

PENAUNG : PENGETUA (Encik Stephen Tan Ming Kiong)

GURU PENASIHAT : Puan Hamidah binti Hamdan

                               Puan Rose Suraya binti Mohd. Salleh

AHLI JAWATANKUASA : SESI 2010/2011

Sila rujuk lampiran Carta Organisasi

SENARAI TUGAS AJK

PENGERUSI

·         Mempengerusikan mesyuarat.

·         Mencadangkan aktiviti perjumpaan bersama guru penasihat .

·         Memanggil mesyuarat AJK jika perlu.

·         Memastikan AJK menjalankan tugas.

TIMBALAN PENGERUSI

·         Membantu dan member idea kepada pengerusi untuk menjalankan aktiviti.

·         Selaku pengerusi ketika ketiadaan pengerusi.

·         Membimbing AJK dalam melaksanakan tugasan.

SETIAUSAHA I

·         Mencatat minit mesyuarat dan laporan aktiviti semasa perjumpaan.

·         Membuat laporan tahunan.

·         Menyediakan minit mesyuarat dan surat menyurat.

·         Menyediakan kertas kerja cadangan projek sekiranya ada.

SETIAUSAHA II

·         Menggantikan tugasan setiausaha I jika ketiadaannya.

·         Menyelenggara papan notis.

·         Mencatat kehadiran ahli.

BENDAHARI I

·         Membuat penyata kewangan dalam buku rekod PPI.

·         Membuat simpan kira dan memegang duit persatuan yang kurang daripada RM30.

·         Menyerah duit yang lebih daripada RM30 kepada Guru Penasihat.

·         Menyimpan semua rekod kewangan.

·         Menutup akaun setiap hujung bulan dan mencatatkannya dalam buku rekod.

BENDAHARI II

·         Membantu Bendahari I dalam melaksanakan tugasan.

AJK SURAU

·         Memastikan kebersihan Bilik Sembahyang.

·         Mengemaskini notis dan bahan dalam Bilik Sembahyang.

·         Membuat jadual bertugas membersihkan Bilik Sembahyang dan memastikan tugasan dijalankan.

AJK DISIPLIN

·         Memastikan kehadiran ahli dalam setiap aktiviti.

·         Memanggil ahli yang tidak hadir.

·         Member laporan kepada guru penasihat tentang ketidakhadiran ahli.

·         Member amaran kepada ahli yang tidak hadir tanpa sebab.

AJK KEBAJIKAN

·         Menjaga kebajikan ahli.

·         Mengutip derma bagi ahli yang ditimpa musibah.

KEWANGAN : Persatuan mempunyai wang tunai sebanyak RM133.90 pada 08 Januari 2011.

KEHADIRAN / PENYERTAAN

1.       Ahli-ahli dikehendaki menghadiri sekurang-kuranngnya 12 kali perjumpaan sepanjang tahun untuk mendapatkan markah penuh kehadiran.

2.       Ahli-ahli dikehendaki menyertai aktiviti-aktiviti khas seperti sambutan Maullidur Rasul, Kuiz Agama dan lain-lain.

TATACARA PERJUMPAAN

1.       Memulakan perjumpaan dengan bacaan surah al-fatihah.

2.       Ucapan daripada guru penasihat dan pengerusi.

3.       Agenda atau aktviti.

4.       Menutup perjumpaan dengan bacaan surah al-Asr dan tasbih kifarah.

PERATURAN

1.       Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

2.       Ahli tidak boleh melakukan aktiviti tanpa pengetahuan guru penasihat.

3.       Semua AJK mesti hadir dalam mesyuarat AJK.

4.       Semua ahli wajib menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PPI.

5.       Semua ahli wajib memakai pakaian menutup aurat semasa menghadiri perjumpaan / aktiviti PPI.

6.       Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

7.       Semua ahli PPI hendaklah saling menghormati antara satu sama lain.

TINDAKAN DISIPLIN

1.       Diambil terhadap mana-mana ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

2.       Tindakan : Amaran lisan – amaran bertulis – gantung keahlian – pecat keahlian.

HAL-HAL LAIN:

Tandatangan                      Setiausaha                                          Pengerusi                                      Guru Penasihat

                             (Fatin Zayana binti Aminuddin)              (Hamizan bin Mohamad)                           (Hamidah Hamdan)

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab Sekolah

Pengetua                                                            Cop Sekolah                                       Tarikh: 08 Januari 2011